Wednesday, October 27, 2010

Dah bulan Oktober ?

Yer..Betul.. Dah bulan Oktober. 27 Oktober.. Lagi beberapa hari dah bulan November... 2010 akan berlalu tidak lama lagi...

Baiklah.. balik kepada realiti..hehe.. Report untuk sekarang ialah..

Aku dah hampir sebulan bekerja di Kampar.. So far, so good.. Yerla. Jawatan lecturer tapi masih wat kerja sebagai tutor. Seminggu pun ada 6 kelas tutorial je.. Short sem jer..

Hari ni pun best.. dapat lunch dgn kawan2 ..dinner pun dengan kawan2.. dapat makan di mamak yg agak best..yerla..ade tukang masak melayu kat sana. Pekerja diorang pun bersih dan memuaskan..bos pun mesra pelanggan..bagus2..

Oh yer ! hari ni yang dimaksudkan ialah semalam sbb skrg dah pukul 12.49..hehe..

Hari ni juga first time satu group student datang ke bilik aku utk consultation..hehe.. Sumenye pun okey.. Alhamdulillah..

Balik dari kerja tadi sempat usha cucu jiran sebelah..ade respon ! hehe..tapi jantina tak dapat dipastikan.mgkin perempuan kot.. :)

Time nak pergi kerja pun sempat angkat tangan pada Tuan penjaga rumah ini dan senyum pada 2 makcik (jiran) yang tengah berborak..

Hari ini juga dapat invitation daripada seorang otai internet utk jv bagi pasarkan ebook beliau yang akan keluar.. taklah aku hebat.mmg tak hebat langsung pun bab nak jual dan pasarkan ni.. Tapi aku akan cuba bantu beliau .. sbb beliau pun dah banyak bantu aku.. beliau juga sekarang invest 5 angka dalam bisnes yang aku buat dengan Undang..tapi hjung tahun ni dah nak keluarkan dah..

Hari ini juga aku dah start2 plan sikit2 utk trip ke Singapore pada hari Jumaat pagi yang akan datang nnti...

Itulah cerita yang best2.. yang tak best? mstilah ada..tapi kita kena positif..yang tak best pun kita pndang dari sudut yang positif okey !!

Hujung bulan ni first time aku dapat gaji... Tapi actually aku rasa aku dah spent lagi banyak dari gaji yang bakal aku dapat.. aku pada bulan ni kene bayar...

  1. RM300 - sewa rumah
  2. RM6 - bil air (ni pun kene masuk kira ker? hehe)
  3. RM300 - bil tipon aku dan subline.. sbnarnye dalam 266 camtu..tapi aku bayar 300 jer tadi..
  4. RM17.90 X ??? - ni tol satu hala ke rumah Gombak..tiap2 minggu pun aku balik.. ade tu, satu minggu dua kali aku balik..sbb ade interview..
  5. RM25 X ??? - ni anggaran minyak satu hala ke gombak..
  6. belanja makan dan minum setiap hari.. aku mmg tak msak kat sini
  7. belanja utk ke singapore.. RM1000 kita lebih kurang 400 dolar diorang jer..
  8. belanja beli kelengkapan time pindah ke kampar..meja..kerusi..dll...
  9. RM ??? - ptptn.. mgkin nak bayar dalam RM350-RM400 dari dip hingga master aku pinjam ptptn.. phd ade ptptn tak? haha..
  10. medical expenses..byk ubat aku beli..pi klinik lagi..
  11. beli buku pts..dalam RM400 lebih kot..nak join pertandingan punya pasal..
  12. RM66 kot - streamyx rumah sewa ni..
  13. RM82- repair motor
  14. RM145 - beli beg galas...
  15. RM50 - beli multivit utk sebulan..
Uih..byklah lagi..

Okla..cite yang patut membuatkan aku bersyukur lagi ialah Undang sudi hantar aku ke LCCT dan jemput dari LCCT.. Yes !

Memandangkan duit yang ada tidaklah mencukupi.. nak2 bile nak bayar balik sume duit investor biznes tu, so aku kene buat something !!!

Something tu ialah....
  1. Hasilkan satu ebook tentang pengurusan kewangan peribadi..
  2. Mulakan satu blog dan usaha untuk buat rumah burung..
Ebook

Untuk ebook ini, aku bagi masa 2 bulan untuk aku lancarkan.. 15 hari preparation..15 hari penulisan.. 15 hari teknikal.. 15 hari utk promosi..

Jual pulak untuk tempoh 45 hari.. ni utk pertandingan JV..

Sarang burung

Untuk sarang burung, ini long term.. so agak sukar..tapi tak mustahil.. nak at least dah ada burung yang masuk dalam rumah burung tersebut sebelum 1 januari 2012.. lame lagi tu.. tapi jangan ambil mudah yer !





Thursday, September 23, 2010

Pesan mak..

time jadi lecturer nanti, sntiasa buat baik. letak diri kita sebagai pelajar. apa yang kita suka lecturer kita buat, camne kita nak lecturer kita layan kita. if kita buat baik, orang akan balas baik. ikhlas kan diri..

ko tgk mcam mana hr manager miss coney dari colgate palmolive layan ko.terharu kan? beyond expectation. very warm and friendly. buatlah macam tu. takde ruginya.

Saturday, September 11, 2010

Kursus PTS yang dah daftar

1. Kursus Bahasa Melayu Tinggi - AHAD 17.10.10

2. Kursus Menulis Buku Bukan Fiksyen Menggunakan Teknik Adaptasi - AHAD 28.11.10

3. Kursus Menulis Buku Menggunakan KJ Method - AHAD 5.12.10

4. Kursus Bahasa Persuasif - AHAD 12.12.10

Ni otw nak daftar lagi, tapi ade problem nak comment. Mungkin sbb nak elakkan spam. Tu yang macam problem sikit tu.

Untuk sesiapa yang berminat nak daftar juga, bolehlah pilih mana yang berkenan di sini yer :)

Friday, August 20, 2010

Tahniah KF !!

Ini tak taula kali keberapa aku try buat blog. Asyik pending di tengah jalan. Tapi hopefully blog ini ada jangka hayat yang lebih panjang dan akan membawa manfaat yang terbaekkk untuk aku.

Antara tjuan aku tulis blog ini ialah utk sharekan kisah perjalanan hidup aku dengan mereka yan brminat nak bace. Ia juga sebagai rekod kepada diri aku sendiri. Selain itu, aku juga nak jadikan blog sbg medium aku berfikir, buat keputusan, menetap dan mencapai matlamat dalam hidup ini.

Komen-komen amatlah aku alu-alukan. Sama ada yang positif mahupun yang negatif. Komen, kritikan dan cadangan korunk semua amatlah aku alu-alukan.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua :)